Terbeliak mata!

Assalaamualaikum..

First entry aku bulan ni. hehe. Ok, hr ni aku nk cerita sikit laa pasal penemuan spesis2 (gittuw) baru apabila aku nak balik ke kelantan. Btw, dlm byk2 kawan aku, aku sorang jer yg balik paling lewat, ye laa, lagipun aku beli tiket balik sebelum aku tahu last final exam aku biler plus nk cari tiket yg paling murah. Hee hee~~

Perjalanan aku ke LCCT tu ok jer, walaupun aku terlewat bangun tdo (mmg cari nahas ok kalu korang lewat bangun tdo dan tak sempat nak catch up masa utk naik flight.. aku penah sekali, dan aku rasa horrible giler!!!). Berbalik pada citer tadi, aku sempat laa cover kehilangan masa aku dgn mandi sepantas kilat dan kemas barang-barang terakhir aku se'messy' mungkin..

Tanpa membuang masa, ini merupakan penemuan terbaru aku. Yang pertama ialah:


aku rasa bentuk dia cantik.. mcm bentuk love! lovely gitu~~ haha

Serius, masa aku naik rapid kl ni, terkejut jugak aku, berubah wajah kot. Mungkin korang cakap aku jakun, tp seriusly dah lama ok aku tak naik bas rapid nie. Last aku naik pun time awal sem. Jadi pendapat aku, nmpk mcm canggih, ok laa tu. Instead of guna cash, guna kad pun ok jugak. Tapi problem laa kot kpd sesiapa yg tak selalu naik bas rapid ni, cthnya aku. Jarang kot nak naik bas nie. Tapi aku tak nafikan, dulu aku mmg peminat setia bas rapid kl T231 ni, nk gi JJ, Wangsa Walk, KLCC dan sbgnya, tp sekarang tidak lagi. Aku lebih prefer naik kete< ngee ngee~~

Seterusnya, penemuan misteri aku adalah:



Benda nie timbul masa aku nk masuk ke balai berlepas. Kan time korang nak masuk tu, ader laa pak/mak guard kat situ check kiter punyer check in slip tu. Dan pengawasan dia agak ketat sikit laa berbanding dulu, mana taknyer, setiap penumpang hanya dibenarkan bawa satu beg jer dan tidak melebihi 7kg. Tapi aku bwk jer dua beg, dlm kes aku ni dibenarkan sbb beg aku ni x lebih 7kg pun, lagipun aku bwk satu beg laptop dan satu lagi aku pegang. Situasi ni mmg aku dah biasa. Tapi yang luar biasanyer, pak/mak guard nie tampal plak benda ni kat setiap beg. Motinyer aku x tau laa.. Tapi yang aku tau, tujuannya utk pastikan luggage kita x lebih 7kg. Masalhnyer skang, tak timbang pun beg tu, tulis pun tidak (eg:nama, flight no

Hoho.. Tu jer penemuan baru aku. Btw, aku duk kat umah skrang dan aku tak tahu nk buat aper selain daripada online, makan dan tdo. Sama ada nak amik short sem atau tidak, tu pun tak tau lagi, tapi aku dh add subjek dan kalau aku tak nak, aku drop jer laa nnt. Huhu..

Skang nie pun aku tgh tnggu tawaran keje.. Harap2 dapat laa..


ps: lembap btol internet nie! menci menci menci! haha
pss: yeay, aku dh dapat kawal pemakanan aku kat umah nie. Katakan tidak pada lemak! huhu
psss: knp panas sangat kat tempat aku nie. Klau tak berpeluh tak sah! emos laa... hehe

posted under | 6 Comments

Fuh!!! lama weyh aku x update blog nieh.. Tak apa, sempena aku cuti selama 5 BULAN, insyaAllah aku akan update benda nie.. Mmg lama aku tinggalkan blog aku ni. Last post aku awl sem lepas kot. Sejak drp tu, langsung aku x update. Mmg dasar pemalas tahap gaban arr..

Tp ni pun rasa malas gak, tp, akn ku kuatkan semangat. Yeay! yakin bulleh~~

Next entry aku akan bermula besok.. Tak sabar2 nk menguatkan jari jemari aku nie utk menaip..

bYe!!

posted under | 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home

gotcha!!

Followers

Meh ler..

Meh ler..

Lihatlah dunia! ngee ngee..

Lihatlah dunia! ngee ngee..
Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "



Recent Comments