Time to work!!

Hahaha! Buat pertama kali aku hidup di muka bumi ni, officially, aku dh keje.. Keje jadi cikgu lak tu. Ganas siot pekerjaan aku. Actually, aku br jer dpt keje nie dan lapor diri kat sek men keb badak pada 5 Mei 2011. Nie mmg tarikh keramat owkey utk aku. huhu.

Sebenarnya aku mmg tak sangka dapat keje secepat ni. Korang boleh bayangkan, aku dapat surat 4 Mei dan keesokannya dh kena lapor diri. Tak ke tercungap2 tu. Dah laa baju, seluar dan kasut entah ada ke tidak. Hari tu jgaklaa aku pegi beli sumer. Huh! Penat tu mmg x leh ckp arr.

Yang paling aku takut keje ni sbb aku kena ajar budak SEKOLAH MENENGAH kowt!! Bukan main2 tau! Dah laa menengah atas lak tu. Lagi laa aku terkejut beruk. Kalu PMR yakin laa jgak aku nk ajar. Haha. Aih! terpaksalaa aku bukak semula kitab2 lama aku dulu. Aku kena study mcm budak sek menengah, which is SPM. Yang tu ok lagi, aku expect aku akn ajar subjek sastera, ye laa aku kan budak sastera dan skang study degree in economics lagi, klau setakat ekonomi asas dan geografi ok laa gak, tapi aku kena ajar sbjek math. Horrorr kowt. Dah laa SPM aku cukup2 makan jer sbjek math nie. Aduhai~~ study study! Tapi subjek nie x laa susah sgt kan kawan2?
Nie jadual kelas dan subjek yg perlu aku ajar:

Bangga giler arr ada nama sendiri kat jadual waktu guru nie. Tak tercapai akal ku (elyana gituh! haha)

Setakat nie aku kena ajar 4 kelas, ting.4 dua kelas, ting.5 satu kelas dan ting.1 satu kelas. Tambahan daripada math, aku kena ajar sains gak. Simple, ting.1 jer kot. hoho. Rasa best lak dpt gelaran cikgu. Macam citer upin & ipin plak rasanya. "Seelamat Paagi Cikgu!" kata Ihsan kepada cikgunya sambil diikuti oleh upin, ipin dan kawan2nya. Hua Hua! Seronok seronok!

Aku sebenarnya ganti cikgu bersalin, jadi aku akan ganti lebih krg dua bulan jer kot. So, khidmat aku akan habis bln 6 laa kot. Skang ni sumer pelajar tgh ada peperiksaan pertengahan tahun. Aku setakat ni masuk ke kelas utk jaga exam jer, tak sempat lagi nak mengajar. Ni mmg peluang utk aku revise semula subjek2 yg aku kena ajar. Huhu. Akhir sekali, rasa excited lak, pertama kali aku nak tanda kertas exam anak2 murid aku. Perlu ker aku tanda kertas dgn strict atau buat biasa2 jer eh? hoho. Kena beli pen merah banyak2 ni. Hui hui.


ps: esok hari ahad, ader perhimpunan jadi kena pakai tie
pss: esok gak nak amik buku teks
psss: nk gi library laa besok, nk pinjam buku rujukan. eh, boleh ker cikgu nak pinjam? huhu
pssss: kena wat KWSP gak besok. Uh, byk gak keje nie

bye bye!!!!

posted under | 1 Comments

Terbeliak mata!

Assalaamualaikum..

First entry aku bulan ni. hehe. Ok, hr ni aku nk cerita sikit laa pasal penemuan spesis2 (gittuw) baru apabila aku nak balik ke kelantan. Btw, dlm byk2 kawan aku, aku sorang jer yg balik paling lewat, ye laa, lagipun aku beli tiket balik sebelum aku tahu last final exam aku biler plus nk cari tiket yg paling murah. Hee hee~~

Perjalanan aku ke LCCT tu ok jer, walaupun aku terlewat bangun tdo (mmg cari nahas ok kalu korang lewat bangun tdo dan tak sempat nak catch up masa utk naik flight.. aku penah sekali, dan aku rasa horrible giler!!!). Berbalik pada citer tadi, aku sempat laa cover kehilangan masa aku dgn mandi sepantas kilat dan kemas barang-barang terakhir aku se'messy' mungkin..

Tanpa membuang masa, ini merupakan penemuan terbaru aku. Yang pertama ialah:


aku rasa bentuk dia cantik.. mcm bentuk love! lovely gitu~~ haha

Serius, masa aku naik rapid kl ni, terkejut jugak aku, berubah wajah kot. Mungkin korang cakap aku jakun, tp seriusly dah lama ok aku tak naik bas rapid nie. Last aku naik pun time awal sem. Jadi pendapat aku, nmpk mcm canggih, ok laa tu. Instead of guna cash, guna kad pun ok jugak. Tapi problem laa kot kpd sesiapa yg tak selalu naik bas rapid ni, cthnya aku. Jarang kot nak naik bas nie. Tapi aku tak nafikan, dulu aku mmg peminat setia bas rapid kl T231 ni, nk gi JJ, Wangsa Walk, KLCC dan sbgnya, tp sekarang tidak lagi. Aku lebih prefer naik kete< ngee ngee~~

Seterusnya, penemuan misteri aku adalah:



Benda nie timbul masa aku nk masuk ke balai berlepas. Kan time korang nak masuk tu, ader laa pak/mak guard kat situ check kiter punyer check in slip tu. Dan pengawasan dia agak ketat sikit laa berbanding dulu, mana taknyer, setiap penumpang hanya dibenarkan bawa satu beg jer dan tidak melebihi 7kg. Tapi aku bwk jer dua beg, dlm kes aku ni dibenarkan sbb beg aku ni x lebih 7kg pun, lagipun aku bwk satu beg laptop dan satu lagi aku pegang. Situasi ni mmg aku dah biasa. Tapi yang luar biasanyer, pak/mak guard nie tampal plak benda ni kat setiap beg. Motinyer aku x tau laa.. Tapi yang aku tau, tujuannya utk pastikan luggage kita x lebih 7kg. Masalhnyer skang, tak timbang pun beg tu, tulis pun tidak (eg:nama, flight no

Hoho.. Tu jer penemuan baru aku. Btw, aku duk kat umah skrang dan aku tak tahu nk buat aper selain daripada online, makan dan tdo. Sama ada nak amik short sem atau tidak, tu pun tak tau lagi, tapi aku dh add subjek dan kalau aku tak nak, aku drop jer laa nnt. Huhu..

Skang nie pun aku tgh tnggu tawaran keje.. Harap2 dapat laa..


ps: lembap btol internet nie! menci menci menci! haha
pss: yeay, aku dh dapat kawal pemakanan aku kat umah nie. Katakan tidak pada lemak! huhu
psss: knp panas sangat kat tempat aku nie. Klau tak berpeluh tak sah! emos laa... hehe

posted under | 6 Comments

Fuh!!! lama weyh aku x update blog nieh.. Tak apa, sempena aku cuti selama 5 BULAN, insyaAllah aku akan update benda nie.. Mmg lama aku tinggalkan blog aku ni. Last post aku awl sem lepas kot. Sejak drp tu, langsung aku x update. Mmg dasar pemalas tahap gaban arr..

Tp ni pun rasa malas gak, tp, akn ku kuatkan semangat. Yeay! yakin bulleh~~

Next entry aku akan bermula besok.. Tak sabar2 nk menguatkan jari jemari aku nie utk menaip..

bYe!!

posted under | 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home

gotcha!!

Followers

Meh ler..

Meh ler..

Lihatlah dunia! ngee ngee..

Lihatlah dunia! ngee ngee..
Powered by Blogger.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "


Recent Comments